fbpx

[VIDEO] ‘Tiada apa yang tinggal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian orang ramai mengenai keadaan rumah sekitar Tumpat, Kelantan akibat banjir.

PETALING JAYA – Kedudukan daerah Tumpat, Kelantan yang terletak di hujung negara dan menjadi destinasi akhir aliran sungai utama seperti Sungai Kelantan serta Sungai Golok menjadikannya kawasan paling terdedah kepada banjir.

Melihat kepada bencana yang melanda kawasan Pantai Timur ketika ini, kebanyakan kawasan sekitar Tumpat musnah termasuklah beberapa laluan utama di sana putus akibat arus deras.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai penduduk sekitar Tumpat terutama di Taman Sri Bayu serta Kampung Simpangan meluahkan rasa sedih apabila melihat keadaan rumah dan barangan mereka musnah sepenuhnya selepas lima hari banjir buruk melanda.

“Tiada apa yang tinggal, ‘total lost’ (kemusnahan sepenuhnya). Ujian kami untuk penutup 2024,” kata Ayuni.

“Tahun ini sangat mencabar dan ujian untuk keluarga kami. Rumah kami musnah sepenuhnya. Tahun 2014 banjir melanda kawasan rumah kami hanya sekadar paras lutut, tetapi tahun ini semuanya sudah tiada. Tragedi gelap buat kami sekeluarga,” kongsi Aieynmiaa.

“Allah, semoga ada hikmah Ya Allah, keseluruhan barangan penduduk di Taman Sri Bayi ini semuanya rosak (total lost). Air naik paras bumbung,” kata Shahrul.

Terdahulu, Kosmo! Online malaporkan keadaan banjir gelombang pertama di Kelantan semakin pulih apabila seramai 34,200 mangsa sudah pulang ke rumah mereka susulan cuaca semakin baik di kebanyakan kawasan di negeri ini sejak semalam.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, seramai 52,182 mangsa daripada 16,692 keluarga masih berlindung di 138 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 11 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

@aieynmiaa Tahunnn ni sangat berat ujian kami sekelurga 😭😌rumahh kami memang total lost 🥹😭taahun 2014 pun rumah kami sampai dekat lutut je atas rumah tapi tahun ni hilang semuaa😭memang sejarah hitam bagi kami sekeluarga🥹😭#fyp #foryoupage #foryou #fypage #banjirkelantan ♬ Камин – DR3AM7NG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI