fbpx

Pemansuhan hutan simpan kekal perlu diganti dengan tanah lebih luas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

IPOH – Keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Perak adalah sejumlah 988,722.22 hektar iaitu 47 peratus daripada keluasan negeri setakat 31 Oktober 2024.

Daripada keluasan tersebut, 48.18 peratus dikelaskan sebagai hutan perlindungan, manakala 51.82 peratus sebagai hutan pengeluaran.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihak berkuasa negeri boleh mengeluarkan atau memansuhkan HSK bagi kegunaan ekonomi yang lebih tinggi di bawah Seksyen 11 dan 12, Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985.

“Pemansuhan tersebut perlu dilaksanakan penggantian dengan mengambil kira keluasan yang lebih kurang sama,” katanya semasa menjawab soalan Razman Zakaria (Pas-Gunong Semanggol) semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini tentang penyahwartaan Hutan Simpan Segari Melintang.

Saarani berkata, keputusan Majlis Tanah Negara pada tahun 2021 menetapkan bahawa tiada aktiviti perlombongan dan pengkuarian boleh dilaksanakan di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal yang telah diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Sehubungan itu jelasnya, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif dengan menyelaras semula kawasan yang aktif pengkuarian di dalam Hutan Simpan Kekal Segari Melintang sebagai mematuhi dasar Majlis Tanah Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI