fbpx

Dewan Rakyat: Operasi bersepadu banteras jenayah penipuan kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Operasi bersepadu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjalan serentak seluruh negara bermula 4 hingga 12 November 2024 berjaya mengambil tindakan segera terhadap kes jenayah kewangan atas talian dan pinjaman wang haram.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, bagi kes pinjaman wang haram sebanyak 136 kertas siasatan dibuka dan 25 kertas siasatan berjaya dituduh dengan pelbagai kesalahan.

Beliau berkata, penguatkuasaan itu mencakup pemberi pinjaman wang dan pemegang pajak gadai yang berlesen yang berdaftar di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Di Malaysia, kerugian akibat jenayah dalam talian berjumlah RM1.224 bilion daripada Januari hingga Oktober 2024.

“Ini termasuk apa yang digabungkan sebagai online scam, jenayah telekomunikasi, e-kewangan, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud dan pelaburan tidak wujud,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai punca kenaikan kes dan langkah pencegahan terhadap 361 kes disyaki terbabit dalam jenayah pinjaman wang tidak berlesen dalam tempoh sembilan hari bermula 4 November 2024.

Mengulas lanjut Anwar berkata, masalah dihadapi kerana wujudnya peranan berbeza pemberi pinjaman wang, pemungut hutang, pegawai khidmat pelanggan, ejen pengeluar wang, pemilik akaun (mule account), ejen simbah cat dan ejen edar risalah dan banner.

“Sebanyak tujuh buah premis syarikat pemberi pinjaman wang berlesen telah diserbu kerana melanggar Peraturan 15A (b) Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan & Pelesenan) (Pindaan) 2024.

“Syarikat tersebut memegang kad ATM peminjam, ini yang menyulitkan. Seksyen disebut itu termasuk Akta Pemberi Pinjam Wang 1951; Seksyen 436 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan; dan Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan & Pelesenan) (Pindaan) 2024,” katanya.

Selain itu, menjawab pertanyaan mengenai jenayah penipuan kewangan dalam talian beliau berkata, langkah pencegahan yang dirumuskan adalah di bawah Program Pencegahan Jenayah dan Kesedaran Awam serta penubuhan laman web Semak Mule.

“Laman web ini berjaya tapi kenyataan ini membimbangkan kerana sehingga 31 Oktober 2024, sebanyak 181,628 nombor telefon, 222,092 nombor akaun bank dan 1,395 nama syarikat direkodkan di dalam Semak Mule melibatkan penipuan jenayah dalam talian.

“Portal ini banyak membantu kerana dengan laporan, 32,066,000 carian telah dibuat dan 22,200,984 memberi jawapan positif, maknanya ada usaha memindahkan wang mereka kepada akaun mule tapi banyak terselamat kerana digerakkan, kerana kita gunakan portal Semak Mule menerusi https://semakmule.rmp.gov.my,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI