fbpx

‘Jangan kaitkan saya dengan UPNM jika buli terus berlaku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim bertitah pada Istiadat Konvokesyen Ke-14 UPNM di WTC KL.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa dukacita terhadap kejadian buli dan penderaan yang berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Seri Paduka Baginda bertitah, semua pihak mesti berusaha menghentikan budaya itu dan memulihkan nama baik UPNM.

“Falsafah utama UPNM ialah untuk menjadi sebuah universiti utama di rantau ini dalam bidang pertahanan, ketenteraan dan keselamatan. Disiplin dan budaya tentera adalah menjadi falsafah utama universiti ini.

“Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi,” titah Sultan Ibrahim pada Istiadat Konvokesyen Ke-14 UPNM di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Seri Paduka Baginda bertitah, lebih mendukacitakan apabila kejadian penderaan terus berlaku, seperti tiada usaha yang serius diambil oleh mana-mana pihak walaupun kejadian sebelumnya telah dibawa ke mahkamah.

Sehubungan itu, Sultan Ibrahim bertitah, Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah.

“Bagi melahirkan seorang pegawai tentera, memang memerlukan latihan fizikal dan mental yang keras. Tetapi ini tidaklah sampai mendera sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian.

“Saya percaya ibu bapa menghantar anak mereka ke sini untuk belajar menjadi seorang pegawai tentera, bukan untuk didera,” titah Seri Paduka Baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI