fbpx

Suami Zahnita direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
1. Suspek dibawa keluar selepas mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini.

KUANTAN – Suami kepada bekas model popular, Zahnita Dorothy Hussein Wilson direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes keganasan rumah tangga.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman dalam prosiding mahkamah hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

Suspek yang memakai baju kemeja lengan panjang dan seluar berwarna hitam kelihatan tenang tiba di pekarangan mahkamah dengan diiringi anggota polis kira-kira pukul 8.30 pagi.

Suspek ditahan semalam ketika hadir ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan melibatkan kes keganasan rumah tangga.

Hari ini Kosmo! melaporkan industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pendedahan bekas model popular, Zahnita yang mendakwa dia dikasari suami dengan memuat naik gambar mata lebam.

Lebih mengejutkan pelakon Kuliah Cinta dan Gila-Gila Pengantin Remaja itu turut mengakui sudah 20 tahun menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Pasangan itu dilaporkan mendirikan rumah tangga pada 2005 dan memiliki empat anak.

Perkahwinan pasangan itu dilaporkan bermasalah sejak 2007 dan Zahnita pernah memfailkan perceraian pada 2012, tetapi menarik balik awal 2015. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI