fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah hampir seluruh negara pagi ini ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat pukul 9.40 pagi.

Keadaan sama turut berlaku sekitar negeri Sarawak, Sabah dan Labuan.

Bagaimanapun, di Pulau Pinang, beberapa bahagian dilaporkan alami hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang yang dijangka berlarutan sehingga 1 tengah hari.

“Antara kawasan terlibat adalah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan,” lapor MetMalaysia.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI