fbpx

RM127.4 juta bantu pekebun kecil terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid merangkap merasmikan syiling peringatan jubli emas Risda di RisSmart24 UOA Business Park. Foto oleh SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Kerajaan menyediakan bantuan khas berjumlah RM127.4 juta kepada 318,642 pekebun kecil yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) itu melibatkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan bantuan khas yang disalurkan kementerian itu dibayar sebanyak dua kali pada November lalu dan bulan ini.

“Setiap pekebun itu akan terima bayaran RM200 sebulan dan jumlah keseluruhannya bantuan adalah RM400 seorang.

“Bantuan terbaharu berjumlah RM127,456,800 (RM127.4 juta) itu diharap dapat meringankan beban mereka yang turut terkesan banjir ketika ini,” katanya mengumumkan perkara itu selepas merasmikan RissMart24 dan syiling peringatan Jubli Emas Risda di Seksyen U1 di sini, lewat petang tadi.

Dalam pada itu, kata Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, situasi banjir mula menunjukkan pemulihan apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) meninjau semula laluan-laluan yang terputus akibat bah bagi lokasi pembinaan Jambatan Bailey. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI