fbpx

Anggota tentera lemas, seorang lagi hilang ketika seberang Sungai Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GERIK – Seorang anggota tentera ditemui lemas manakala seorang lagi dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus ketika menyeberangi Sungai Merah di kawasan Hutan Royal Belum, di sini Jumaat lalu.

Difahamkan, mangsa kedua-duanya berusia antara 20 hingga 30 tahun, sementara yang meninggal dunia dikenali sebagai Lans Koperal Mohd. Afandi Jahwin manakala yang hilang ialah Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 8.56 pagi hari ini membabitkan dua anggota tentera yang sedang menyertai gerakan operasi Kota Echo/Foxtrot di kawasan hutan simpan berkenaan.

“Kejadian berlaku pada Jumaat lalu sekitar pukul 6 petang ketika dua mangsa bersama tujuh anggota lain sedang menyeberangi Sungai Merah. Dua mangsa itu gagal menyeberangi sungai tersebut lalu dihanyutkan arus deras,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, penyelarasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah dijalankan oleh pihak polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI