fbpx

Fosu-Mensah sah sertai Leverkusen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOSU-MENSAH bakal membuka lembaran baharu kariernya apabila sah menyertai Leverkusen dengan kontrak selama tiga tahun. – AFP

LONDON – Pemain pertahanan Manchester United, Timothy Fosu-Mensah bersetuju untuk menandatangani kontrak selama tiga tahun menyertai Bayer Lever­kusen.

Dia tiba di Jerman pada kelmarin untuk menjalani ujian perubatan selepas terlebih dahulu melalui proses kuarantin wajib negara itu untuk melengkapkan perpindahan dengan nilai £1.8 juta (RM9.96 juta).

Sumber terdekat pemain berkenaan memberitahu, Fosu-Mensah sangat sedih kerana perlu meninggalkan United tetapi begitu teruja untuk melalui pengalaman baharu serta membuktikan kemampuannya kepada semua pihak.

Sejak menyertai United dari Ajax pada 2014, Fosu-Mensah telah membuat 30 penampilan untuk kelab tersebut.

Dia membuat aksi debut pada Februari 2016 ketika berusia 18 tahun menentang Arsenal sebagai pemain pertahanan kiri.

Dia juga pernah beraksi di Crystal Palace dan Fulham sebagai pemain pinjaman tetapi gagal untuk memberikan impak ketika bersama United.

United setakat ini hanya membawa masuk seorang pemain pada jendela perpindahan kali ini apabila mendapatkan pemain muda Atalanta, Amad Diallo yang sudah tiba di Old Traffod.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI