fbpx

Isu video ranjang, aktres terkenal disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILPA SHETTY

PEGUAM pelakon Shilpa Shetty, Prashant Patil menegaskan aktres terbabit hanya membantu siasatan berhubung dakwaan suaminya, Raj Kundra terbabit dalam kes penerbitan video dewasa.

Katanya, serbuan di kediaman pasangan tersebut yang dilakukan penguatkuasa agensi berkaitan juga disifatkan mengelirukan.

“Ada laporan media menyatakan Shilpa Shetty Kundra diserbu pihak penguatkuasa. Laporan itu tidak benar dan mencetuskan kekeliruan.

“Tidak ada serbuan daripada Bahagian Penguatkuasa atau apa sahaja tindakan agensi terhadap Shilpa,” katanya.

Bahkan katanya, Raj juga memberikan kerjasama sepanjang siasatan berlangsung selain yakin kebenaran akan terbukti.

Prashant meminta media tidak menggunakan gambar Shilpa atau mengaitkan namanya dalam siasatan tersebut.

Nama suami Shilpa ‘naik’ selepas suspek kes pengedaran bahan filem dewasa ditahan pihak berkuasa beberapa hari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI