fbpx

Man. United mula terajui persada liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA (kanan) berjaya meledak gol tunggal perlawanan ketika membantu United menewaskan Burnley sekali gus melonjakkan kedudukan ke persada liga. – AFP

BURNLEY – Manchester United melonjak ke kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang tipis 1-0 ke atas Burnley di Turf Moor awal pagi semalam.

Pemain tengah Perancis, Paul Pogba memastikan United menerajui saingan liga apabila percubaan pada minit ke-71 berjaya menewaskan penjaga gol Burnley, Nick Pope.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui gembira apabila menyaksikan skuad kendaliannya mendahului saingan liga menerusi perbezaan tiga mata dengan pencabar terdekat, Li­verpool.

“Kita sudah berada di pertengahan musim, jadi kedudukan sekarang sudah menunjukkan kami berada di landasan tepat (menjadi juara) bagi saingan musim ini.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh berasa terlalu selesa kerana kejuaraan liga tidak ditentukan pada 12 Januari. Kami perlu terus catat kemenangan jika mahu capai impian tersebut,” kata Solskjaer.

Sementara itu, beliau juga percaya ini adalah masa paling sesuai untuk berkunjung ke Anfield bertemu Liverpool, minggu depan sekali gus bakal menjadi aksi penentu bagi perebutan takhta liga.

“Kami sudah tidak sabar untuk perlawanan itu. Mereka adalah juara bertahan dan saya anggap ia adalah masa sesuai untuk kami uji kemampuan pasukan. Saya gembira untuk ke sana sebagai pendahulu liga,” ujarnya. – AGENSi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN