fbpx

Prestasi Ferrari buat Mercedes tercabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERCEDES mengakui cabaran daripada Ferrari pada musim 2019 menyebabkan mereka telah bekerja terlalu keras untuk memastikan pasukan itu terus kekalkan kejuaraan. – AFP

LONDON – Ketika Ferrari me­lancarkan enjin baharu mereka pada perlumbaan Formula Satu (F1) 2019, ia telah membuatkan pasukan Mercedes tercabar ­dengan kemajuan yang dicapai pasukan yang berpangkalan dari Maranello, Itali tersebut.

Sejak era turbo-hibrid di per­kenalkan pada tahun 2014, kemenangan Mercedes tidak dapat disekat apabila menyapu bersih kejuaraan dengan meraih tujuh gelaran dunia kategori pelumba dan pengeluar.

Namun, kemajuan yang dipamerkan Ferrari hanya berhasil dalam waktu singkat apabila gagal mengulangi pencapaian terbaik pada tahun berikutnya dan tidak berupaya untuk meraih sebarang kemenangan pada musim 2020.

Ketua Pereka Pasukan Mercedes-AMG Petronas F1, John Owen mengakui mereka tercabar dengan kemajuan pasukan Ferrari pada ketika itu sebelum berusaha keras untuk tampil dengan lebih baik.

Owen merupakan individu penting sebagai ‘arkitek jentera’ dalam memastikan bahawa Mercedes membuat pembaharuan yang tepat seperti aerodinamik, unit kuasa dan beberapa komponen lain.

“Sudah pasti kami agak kesal dan merasa tercabar kerana ketika itu kami fikir tidak lagi mempunyai enjin yang terbaik. Kami tidak gembira dengan situasi berkenaan dan bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang lebih cemerlang.

“Kami mengerah keringkat untuk memastikan Mercedes tidak ketinggalan dan sentiasa mampu berada di hadapan pasukan Ferrari pada ketika itu,” kata Owen.

Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff baru-baru ini mengatakan bahawa pasukannya itu bekerja keras ‘dengan cara tidak sihat’ untuk mengejar kemajuan yang dicapai pasukan Ferrari pada tahun 2019.

“Kami telah bekerja keras hingga melampaui batas. Saya rasa usaha tersebut telah membawa pasukan ini mencapai kemajuan tertinggi pada tahun 2020,” kata Wolff. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI