fbpx

Stok makanan banjir gelombang kedua sudah sedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (tengah) mendengar taklimat mengenai mangsa banjir yang berlindung di PPS SK Kubang Kerian 2, Kota Bharu. FOTO ROSLIZA MOHAMED/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kerajaan sudah menyediakan stok makanan sebagai persediaan awal untuk menghadapi gelombang kedua banjir.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noraini Ahmad berkata, semua stok itu telah dihantar ke 458 pangkalan hadapan di seluruh negara sebagai persediaan bagi memastikan pergerakan menjadi lancar sejurus bencana berlaku.

“Daripada jumlah itu, 190 pangkalan hadapan berada di Kelantan. Pangkalan hadapan itu memudahkan pembahagian bekalan makanan untuk menampung keperluan mangsa banjir.

“Berhubung bekalan makanan tidak cukup, dakwaan itu tidak benar. Bekalan cukup, cuma kita tidak dapat menghantarnya disebabkan terputus hubungan,” ketika ditemui pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 2, di sini hari ini.

Noraini memberitahu, mangsa banjir yang menghadapi masalah bekalan makanan membuat laporan segera kepada kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI