fbpx

Dua individu tidak mengaku lindungi 8 PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Dua individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan melindungi lapan warga asing, bulan lalu.

Muhamad Yazid Abdullah,42, dan Noor Hafiza Mohamad Amin,41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama telah melindungi lapan migran yang diseludup masuk ke Malaysia.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Jalan Permatang Sungai Dua, Permatang Buloh dalam daerah Seberang Perai Utara (SPU) kira-kira pukul 3 pagi, 15 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26H Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dihukum penjara tidak melebihi sepuluh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Jamal manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan dan Hakim kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 7 Januari untuk serahan dokumen. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI