fbpx

Minyak dalam banjir mungkin berpunca dari premis perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian banjir di Taman Fairpark,.

IPOH – Premis perniagaan di sekitar kawasan Arena Kepayang Putra, Fair Park di sini mungkin menjadi punca sisa seperti minyak memenuhi sekurang-kurangnya dua lorong di kawasan perumahan tersebut yang dilanda banjir semalam.

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Muhammad Hamzah Md. Hamdan, premis perniagaan seperti restoran dan bengkel-bengkel kenderaan tersebut berkemungkinan melepaskan sisa-sisa tersebut ke dalam sistem saliran berdekatan.

Beliau berkata, sisa seperti minyak itu kemudiannya dibawa arus banjir ke Arena Kepayang Putra yang terletak berdekatan.

“Selain itu, kita juga mendapati sampah-sarap di kawasan terbabit yang sepatutnya dikutip pihak konsesi tidak dikutip ekoran hujan lebat yang melanda bandar ini. Ia menghalang petugas konsesi daripada menunaikan tanggungjawab mereka.

“Ia sekali gus menyebabkan sampah-sarap terbabit dibawa arus banjir ke kawasan perumahan dan memenuhi pekarangan rumah mangsa terlibat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Pada masa sama, Muhammad Hamzah berkata, banjir yang kotor itu juga berkemungkinan menyebabkan kegatalan kulit kepada mangsa banjir.

Ini kerana, jelasnya, beliau yang turun padang pada hari kejadian bagi membantu mangsa menghadapi masalah tersebut dan terpaksa mencuci tubuhnya berulang kali bagi menghilangkan kegatalan tersebut.

Tambahnya, pemantauan terhadap Sungai Kinta yang terletak berhampiran dengan Arena Kepayang Putra mendapati paras air telah surut.

“Bagaimanapun, saya berharap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meneliti isu ini agar isu banjir seperti ini dapat dilakukan pada masa hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI