fbpx

18 RAMD Para bantu bersih sekolah banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pegawai dan anggota 18 RAMD (Para) sedang bergotong-royong membersihkan SK Bukit Tadok, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Para melaksanakan program Jiwa Murni hari ini membantu membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tadok yang sebelum ini ditenggelami banjir sejak minggu lalu.

Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para), Leftenan Kolonel Mohd. Ashafiq Abdul Aziz berkata, operasi pembersihan premis sekolah itu melibatkan 27 pegawai dan aggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Alhamdulillah banjir yang melanda Terengganu termasuk daerah ini mulai surut hari ini.

“Kami mengambil peluang ini untuk membantu penduduk kampung melakukan kerja-kerja pasca banjir termasuk membersihkan SK Bukit Tadok,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Ashafiq berkata, kerja-kerja pembersihan SK Bukit Tadok berkenaan dilakukan secara bergotong-royong bersama pengurusan sekolah dan ibubapa murid sekolah terlibat.

Tambah beliau, premis sekolah itu berjaya dibersihkan dalam tempoh empat jam sehingga pukul 1 tengah hari.

“Sebelum ini, 18 RAMD (Para) juga aktif dalam kerja-kerja penyelamatan dan pemindahan mangsa banjir sejak bermulanya gelombang pertama pada kira-kira dua minggu lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI