fbpx

Tauke ‘cakoroi’ kebal, dicekup kali ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazalee (dua dari kanan) pada sidang akhbar tangkapan dan rampasan ketum di IPD Barat Daya, hari ini.

BALIK PULAU – Seorang peniaga buah dianggap kebal apabila dia diberkas buat kali ketujuh selepas terlibat dalam kegiatan pengedaran dan pemprosesan air ketum di Kuala Jalan Bahru, Mukim D, di sini semalam.

Suspek lelaki berusia 58 tahun itu diberkas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD), kira-kira pukul 2.30 pagi.

Air ketum juga dikenali sebagai cakoroi dalam kalangan penduduk tempatan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, hasil serbuan pihaknya merampas cecair disyaki air ketum sebanyak 11,400 milliliter, daun ketum seberat 27 kilogram (kg) dan peralatan memasak.

“Siasatan mendapati, penahanan ke atas suspek dilakukan buat kali ketujuh atas kesalahan sama.

“Cecair ketum yang dijual pada harga RM10 sebungkus disyaki dijual kepada pelanggan-pelanggan tempatan di sekitar kawasan berkenaan.

“Suspek juga dipercayai menjalankan kegiatan itu dengan berselindung disebalik perniagaan buah-buahannya,” katanya pada sidang akhbar di IPD BD, hari ini.

Beliau memberitahu lagi, siasatan lanjut mendapati suspek memiliki 10 rekod lampau iaitu enam di bawah Akta Racun 1952, dua kes dadah dan dua jenayah.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif daripada sebarang pengambilan dadah.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI