fbpx

Hujan lebat berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan di Kelantan dan Terengganu diramal bermula petang esok, 3 Disember sehingga awal pagi, 4 Disember 2024.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip, berkata, tempoh ini berpotensi membawa hujan sangat lebat dan berterusan di kawasan berkenaan.

“Luruan monsun pula dijangka bermula 8 hingga 14 disember 2024 yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh tersebut,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dan sentiasa merujuk maklumat, ramalan, dan amaran terkini yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web rasmi www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, atau media sosial rasmi MET Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI