fbpx

Pantun Pendang buat Dewan Rakyat kecoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang.

PETALING JAYA – Pantun empat kerat Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengundang kekecohan Sidang Dewan Rakyat hari ini apabila menyebut DAP sebagai parti tanpa integriti.

Pantun tersebut menyebabkan beberapa Ahli Parlimen mewakili parti berkenaan tampil membantah.

Keadaan itu mengundang RSN Rayer (PH-Jelutong), Chong Zhemin (PH-Kampar) dan S Kesavan (PH-Sungai Siput) tampil serentak dan mengecam tindakan Awang yang disifatkan sebagai tidak beradab.

Awang pada mulanya mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Kewangan dengan serangkap pantun.

“Jelutong mula dengan pantun, jadi dia mengajak saya berpantun jugalah.

“Segala demi perjuangan mendapat harta dan kuasa, Segala maki hamun sudah menjadi suci, Itulah perjuangan DAP kini dan semasa, Hilanglah segala prinsip dan integriti’,” katanya.

Kekecohan itu kemudian diredakan Ahli Parlimen Paya Besar yang mempengerusikan sidang, Datuk Mohd Shahar Abdullah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI