fbpx

‘Mohon maaf, Zahnita belum sedia buka mulut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas berkongsi gambar keadaan mata yang lebam, bekas model Zahnita Wilson memohon agar diberi masa sebelum bersedia memberi sebarang penjelasan.

Menurut rakannya yang dikenali sebagai Neysah, keadaan Zahnita atau nama lengkapnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, kini berada dalam keadaan stabil.

“Saya Neysah iaitu kawan kepada Zahnita. Buat masa ini keadaan Zahnita baik dan insya-Allah jika ada sebarang perkembangan akan dikongsikan nanti.

“Saya wakili Zahnita mohon maaf,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Hari ini, Zahnita mendedahkan gambar yang menunjukkan bahagian bawah matanya lebam.

Jelas pelakon filem Kuliah Cinta itu, pendedahan tersebut terpaksa dilakukan, namun tidak memperincikan tentang insiden berkenaan.

Katanya, perkara itu juga membuatkan dia meninggalkan kediaman sebelum ini selain menjadi punca kerap memakai cermin mata hitam.

Susulan perkongsiannya itu, beberapa akan artis turut meluahkan rasa sokongan buat Zahnita antaranya Che Puan Sarimah Ibrahim, Sharifah Shahirah, Zarina Zainuddin, Norish Karman, Yasmin Hani, Salamiah Hassan dan Ieda Moin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI