fbpx

Malaysia manfat Kepengerusian ASEAN 2025, sokong keanggotaan penuh Timor-Leste

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Malaysia memberi sokongan penuh kepada Timor-Leste bagi mendapatkan keanggotaan ASEAN selaras kapasiti Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menekankan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan negara anggota dan rakan dialog ASEAN bagi mempercepatkan proses penyertaan Timor-Leste.

“Kami (Malaysia) menantikan penyertaan Timor-Leste sebagai anggota penuh ASEAN.

“Apabila kami mempengerusikan ASEAN, kami akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk membantu (keahlian) Timor-Leste supaya proses itu dapat dipermudahkan dan dipercepatkan lagi,” katanya dalam sidang akhbar bersama rakan sejawatnya dari Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão, di sini, hari ini.

Terdahulu Anwar bersama Xanana Gusmão mengadakan mesyuarat dua hala di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI