fbpx

Rampas barangan elektrik jualan ‘online’ RM1.25 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela menunjukkan barangan elektrik tanpa permit import dirampas pihaknya. FOTO SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

KLANG – Sejumlah 16,966 barangan elektrik tanpa permit import untuk jualan dalam talian berjaya dirampas di Zon Bebas Pelabuhan Utara di sini, baru-baru ini.

Kesemua rampasan bernilai RM1.25 juta dilakukan dalam tempoh 21 hari bermula 9 Oktober lalu melalui Ops Renjat.

Menurut Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail, kejayaan itu hasil kerjasama Suruhanjaya Tenaga (SJT) yang telah membuat penahanan tujuh buah kontena di Zon Bebas pelabuhan berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati barangan elektrik seperti penyedut hampagas, air fryer, lampu, kipas, mesin basuh, Smart TV, monitor komputer, pengisar, water dispenser dan induction cooker dipercayai tidak mendapat Perakuan Kelulusan COA oleh SJT.

“Modus operandinya adalah membuat pengikraran tidak benar di dalam Borang Kastam sebagai LCD TV, komponen kipas meja serta lampu kecemasa bagi mengelak keperluan mendapatkan COA bagi tujuan pengimportannya.

“Kita percaya kesemua barangan elektrik tersebut akan dijual platform dalam talian selain kedai elektrik,” jelasnya pada sidang akhbar hari ini.

Justeru, Norlela menegaskan, kes disiasat mengikut Seksyen 135 dan Seksyen 131 (1) (a) Akta Kastam 1967.

Dalam kes berasingan, beliau berkata, sebanyak tujuh kenderaan mewah bernilai kira-kira RM1 juta termasuk cukai disita hasil pemeriksaan ke atas 29 gudang berlesen di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur menerusi Ops Terma bermula 7 hingga 30 Oktober lalu.

“Kenderaan itu melibatkan dua jenis Mercedes dan Toyota Alphard dan masing-masing sebuah untuk Ferrari, Nissan GTR dan Jaguar.

“Kesalahan yang dikesan ialah menyimpan kenderaan melebihi tempoh simpanan yang ditetapkan dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI