fbpx

Jajan ganja benua Amerika dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela ketika menunjukkan cecair ganja dalam vape pada sidang akhbar tersebut. FOTO SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

KLANG – Taktik menyeludup ganja dalam bentuk produk makanan seperti gula-gula dan coklat dari benua Amerika gagal apabila kotak bungkusan tersebut berjaya dikesan dalam sebuah gudang perkhidmatan kurier di Bukit Jelutong, baru-baru ini.

Penemuan dadah yang turut diletakkan dalam bentuk cecair rokok elektronik atau vape serta gel itu dilakukan pada 3 Oktober lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam JKDM Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, siasatan mendapati bungkusan kotak itu diikrar sebagai barangan hiasan perkahwinan.

Katanya, ia diimport dari negara benua Amerika dengan ganja itu dicampurkan dalam coklat dan gumpalan daun ganja bagi gula-gula.

“Kita telah pergi ke alamat bungkusan tersebut di Kuala Lumpur namun gagal mengesan penerimanya.

“Kuantiti sitaan dadah tersebut adalah seberat 448 gram yang dianggarkan bernilai RM13, 555,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menegaskan, siasatan masih dijalankan bagi mengesan individu terlibat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan berlainan, Norlela turut memaklumkan sejumlah 26,400 liter ethanol berjaya dirampas susulan pemeriksaan terhadap 160 tong drum di Pelabuhan Barat pada 5 November lalu.

Jelasnya, kesemua barangan itu diletakkan dalam sebuah kontena dipercayai dari China.

“Siasatan juga mendapati dagangan itu telah dibawa masuk tanpa permit import dan diisytiharkan sebagai sejenis bahan kimia Dithiocarbonates untuk kegunaan racun serengga.

“Nilai rampasan termasuk duti cukai berjumlah RM2.57juta dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 dan 133 (1) (a) Akta Kastam 1967,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI