fbpx

‘Awak singgah sekejap dalam perut mommy’ – Amyra Rosli keguguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amyra Rosli keguguran anak ketiga.

PETALING JAYA – Pelakon popular, Amyra Rosli mendedahkan dia mengalami keguguran anak ketiganya.

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 33, berkongsi berita duka itu menerusi sebuah hantaran dalam akaun Instagram.

“Awak singgah sekejap je dalam perut mommy. Lepas tu awak pergi. Comel la awak ni. Tak ada rezeki. Tak apa kita fokus shooting dulu,” tulisnya di bahagian kapsyen sebuah entri.

Pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu turut berkongsi foto alat ujian kehamilan yang mempamerkan keputusan dia sedang hamil.

Suami kepada Amyra iaitu Amar Baharin dilihat turut meninggalkan kata-kata semangat buat isterinya yang tercinta.

“Allah sebaik-baik perancang untuk perjalanan hidup dan mati hamba-Nya. Percaya pada qada dan qadar ketentuan Allah. Insya-Allah terjaga iman mommy. Love you sayang. Be strong mommy,” tulisnya.

Amyra dan Amar sebelum ini sudah pun memiliki sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi Amar, 7 dan Aura Aryssa, 4.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI