fbpx

Johor sedia alternatif pastikan calon SPM terjejas banjir ambil peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZNAN Tamin (berdiri tengah) menyantuni calon-calon SPM yang akan menduduki peperiksaan lisan di SMK Tasek Utara, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri telah menyediakan rancangan alternatif bagi memastikan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk yang terjejas kejadian banjir dapat terus menduduki peperiksaan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Aznan Tamin berkata, ia termasuklah 16 calon SPM di Johor yang terjejas akibat bencana itu, ketika ini.

Menurut beliau, kesemua mereka merupakan calon SPM yang menduduki peperiksaan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buloh Kasap, Segamat.

“Ketika ini terdapat 16 calon SPM Johor yang terjejas banjir, sembilan daripada mereka ditempatkan di SMK Buloh Kasap sendiri, manakala selebihnya menetap sementara di rumah saudara mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan ujian lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Utara. Turut hadir, Pengetua SMK Tasek Utara, Mislina Salleh.

Sementara itu, Aznan turut memberitahu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah mengenal pasti 669 sekolah yang digazetkan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di negeri ini.

Beliau turut memaklumkan terdapat seramai 43,175 calon yang menduduki SPM di 306 buah sekolah seluruh Johor bermula hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI