fbpx

Banjir: Mangsa di Segamat meningkat, PPS di Tangkak ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah (tiga dari kanan) memantau keadaan air sungai di sekitar daerah Segamat.

SEGAMAT – Jumlah mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini terus meningkat kepada 803 orang direkodkan pukul 8 pagi hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Azmi Rohani berkata, angka itu meningkat berbanding 790 mangsa dicatatkan pada pukul 4 petang semalam.

“Peningkatan mangsa banjir itu melibatkan penduduk di daerah Segamat dengan menyaksikan 17 buah PPS dibuka bagi menempatkan mangsa terdiri daripada 226 keluarga.

“Manakala di Tangkak, tiga PPS yang dibuka sejak Jumaat lalu ditutup sepenuhnya dan kesemua 302 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir pulih,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Sungai Muar yang berada di daerah Segamat masih lagi dalam keadaan bahaya apabila bacaan paras air sungai melepasi bahaya dengan merekodkan 10.10 meter(m) daripada paras normal 7.30m.

Ujarnya, manakala Sungai Kesang dan Sungai Tangkak di Tangkak berada dalam keadaan paras amaran masing-masing merekodkan paras 3.17m dan 3.95m.

“Sungai Jemaluang di Mersing turut berada diparas amaran dengan mencatatkan ketinggian 1.92m dan Sungai Lenik, Batu Pahat berada dalam keadaan waspada dengan paras 5.19m,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI