PETALING JAYA – Seorang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terjejas banjir terpaksa menghadiri istiadat konvokesyen secara dalam talian dari pusat pemindahan sementara (PPS) di sebuah negeri.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok oleh Pearlia39, dia yang ditemani ibunya dilihat lengkap berjubah konvokesyen meskipun hanya secara maya.
Situasi itu berikutan musim tengkujuh yang melanda beberapa negeri menyebabkan ramai graduan tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen secara fizikal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui rasa sebak melihat kegembiraan graduan tersebut yang tetap diraikan walaupun dalam suasana yang serba kekurangan.
“Sedihnya. Sekali seumur hidup. Itu pun kalau dah tidak sambung belajar, tapi kalau ada rezeki boleh konvokesyen lagi nanti,” ujar Zinnirah.
“Anak saudara saya pun tidak dapat pergi konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Semua dah sedia, tapi tiada rezeki. Tidak apa lah, asalkan habis belajar,” kata Meychewww.
“Kita pula yang sedih. Apapun tahniah awak. Rezeki yang luar biasa menanti selepas ini,” komen Dtsz. – KOSMO! ONLINE
@pearlia39 mangsa banjir hadir convo secara online🫢 ramai ke yang senasib ? #convocation #upsi #banjir #banjir2024 ♬ feel this moment – elfixsounds