fbpx

Lubang benam sedalam bangunan 5 tingkat muncul dekat pintu rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lubang benam besar muncul dekat pintu rumah di Merthyr. - Foto Wales Online

CARDIFF – Berpuluh-puluh keluarga terpaksa dipindahkan dari rumah mereka selepas lubang benam sedalam 15.24 meter muncul di sebatang jalan raya di Wales Selatan, lapor portal berita The Sun semalam.

Lubang besar itu muncul hanya beberapa meter dari pintu depan sebuah rumah selepas berlakunya Ribut Bert, baru-baru ini.

Kira-kira 30 rumah telah dikosongkan di Merthyr kerana pembentukan lubang itu.

Kawasan itu baru pulih daripada kemusnahan Ribut Bert yang membawa angin selaju 120.7 kilometer sejam dan banjir kilat.

Menurut polis Wales Selatan, pihaknya sedang menangani insiden itu.

“Laluan itu ditutup di kedua-dua arah. Sila elak melalui kawasan itu,” kata polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI