PUTRAJAYA – Usaha Kerajaan Madani memberi fokus kepada aspek tatakelola baik dengan menjadikan tindakan memerangi rasuah sebagai agenda utama terus membuahkan hasil apabila menerima pujian daripada pemimpin antarabangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu disuarakan Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra ketika pertemuan sempena mesyuarat pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Lima bulan lalu.
“Dia kata, dia nampak ‘the crusade against corruption is her agenda’. Jadi, dia kata Malaysia punya satu prestasi yang sangat membanggakan, daripada segi memerangi rasuah.
“Jadi, dia minta umpamanya, dia nak memanfaatkan daripada segi pengalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE