PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca baik dan cerah di seluruh negara pagi ini ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan setakat pukul 9.30 pagi ini.
Menurut MetMalaysia, ramalan sama turut dijangka berlaku di kawasan timur negara yang meliputi negeri Sabah, Sarawak, serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Ramalan cuaca cerah hari ini juga meliputi kawasan di Sabah, Sarawak, dan Labuan.
Negeri-negeri yang terjejas dengan banjir seperti Kelantan juga mengalami cuaca cerah pagi ini, diharapkan dapat membantu memulihkan keadaan di beberapa kawasan yang sebelum ini terjejas akibat banjir.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. -KOSMO! ONLINE