fbpx

Jumlah mangsa banjir menurun kepada 136,520 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tinjauan dari udara keadaan banjir di Kampung Matang, Hulu Terengganu. - Foto oleh PUQTRA HAIRRY / KOSMO!

PETALING JAYA – Seramai 136,520 mangsa banjir terdiri daripada 41,220 keluarga direkodkan pagi ini, menurun berbanding pagi semalam yang mencatatkan seramai 150,843 orang.

Menerusi maklumat pada Info Bencana JKM, daripada jumlah tersebut, seramai 85,761 mangsa banjir (26,765 keluarga) direkodkan di Kelantan.

Ia diikuti oleh Terengganu dengan 37,893 mangsa (10,544 keluarga), Negeri Sembilan mencatatkan 1,064 mangsa (280 keluarga) dan Kedah pula merekodkan 8,461 mangsa (2,609 keluarga).

“Perlis dengan 225 mangsa (70 keluarga), Johor pula 855 mangsa (234 keluarga), Perak dengan 511 mangsa (161 keluarga), Pahang seramai 1,506 mangsa (499 keluarga) serta Melaka iaitu 244 mangsa (58 keluarga).

“Sebanyak 635 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pagi ini,” menurut maklumat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI