fbpx

Sektor pertanian negara rugi RM16 juta akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tengah) melihat keadaan sawah padi yang terjejas banjir di Pangkal Kala, Pasir Mas hari ini. - Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED

PASIR MAS – Sektor pertanian negara mengalami kerugian RM16 juta akibat banjir yang sedang melanda beberapa negeri ketika ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia melibatkan kerosakan tanaman padi, sayuran dan perikanan.

Menurutnya, jumlah itu dijangka meningkat apabila bancian akhir dibuat selepas mendapat maklumat lengkap daripada semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Semua agensi di bawah KPKM akan mendapatkan maklumat sebaik mungkin. Selepas itu, pelbagai bentuk bantuan akan diusahakan mengikut kadar sedia ada.

“Daripada situ, kita boleh ditambah peruntukan baharu dan cuba membantu memulihkan mereka yang terjejas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mendengar laporan awal banjir dari Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan di Pejabat Kada Pasir Mas, di sini hari ini.

Mohamad Sabu memberitahu, banjir kali ini menyaksikan industri padi paling banyak terjejas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI