fbpx

UMNO Perak kenal pasti sembilan calon PRK Slim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – UMNO Perak sudah menyenaraikan antara lapan hingga sembilan ahli parti itu yang layak menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos depan.

Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Zolkafli Harun, berkata semua mereka adalah anak tempatan dan merupakan ahli UMNO Bahagian Tanjung Malim.

“UMNO Perak akan mengadakan mesyuarat khas pada 25 haribulan ini (Sabtu) yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad, bagi membincangkan PRK Slim.

“Ada kemungkinan perkara berkaitan calon akan dibincangkan dalam mesyuarat itu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Lapangan Terbang Pulau Pangkor di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Ogos ini sebagai tarikh PRK DUN Slim di negeri ini.

Kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandang, Datuk Mohd Khushairi Abdul Talib dari BN pada 15 Julai lalu.

Pada 15 Julai lalu, media melaporkan Khusairi meninggal dunia di Hospital Bentong akibat serangan jantung pada pukul 4.15 petang di Hospital Bentong, Pahang selepas tiba-tiba pengsan ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort sekitar pukul 2.30 petang.

Khusairi menang kerusi DUN Slim pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Mohd Amran Ibrahim dan PAS, Zulfadli Zainal, dengan majoriti 2,183 undi.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI