EDINBURGH, Scotland – Sebuah lubang benam ditemui di Bulatan Tol Cameron, Edinburgh, dengan pemandu diberi amaran tentang kelewatan perjalanan berikutan kerja-kerja pembaikan, lapor laman berita Daily Record kelmarin.
Syarikat air, Scottish Water mengesahkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan, manakala bulatan itu ditutup pada malam Rabu lalu.
Bagaimanapun kelmarin, sebahagian jalan raya itu telah runtuh.
Pada Khamis lepas, seorang pemandu yang dikenali sebagai Lorraine menggambarkan keadaan lalu lintas di situ sebagai ‘gila’.
Bercakap kepada Edinburgh Live, dia berkata: “Hari ini (semalam) menjadi kekecohan mutlak di Tol Cameron.
“Tiada kawalan lalu lintas di lokasi itu, manakala terdapat dua kerja pembaikan,” tambahnya. – AGENSI