fbpx

Ambil bekalan dadah di Alor Setar untuk pasaran Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Shukri menunjukkan peket berisi syabu yang dirampas daripada seorang lelaki di Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Seorang lelaki sanggup menunggang motosikal dari Kangar ke Alor Setar sejauh kira-kira 45 kilometer (km) bagi mendapatkan bekalan dadah untuk dipasarkan di Perlis.

Kegiatan lelaki berusia 41 tahun dari Kangar itu terbongkar selepas ditahan ketika menunggang motosikal di jalan Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini kira-kira pukul 5.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, hasil pemeriksaan menemui dadah jenis syabu seberat 556 gram bernilai RM55,600 di dalam beg kertas hijau yang diletakkan di dalam raga motosikal jenis Yamaha.

“Kesemua dadah itu telah dipeketkan ke dalam 12 plastik lut sinar dan dipercayai untuk diedarkan di Perlis.

“Siasatan awal mendapati bekalan dadah tersebut diperoleh daripada seorang lelaki di daerah Kota Setar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI