fbpx

Pengemis moden hanya muat naik kod QR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan antara kod QR dan status yang dimuat naik individu tanpa nama di Facebook.

SAUDARA PENGARANG,

Sejak kebelakangan ini semakin ramai yang meminta sedekah melalui media sosial termasuk Facebook.

Kebiasaannya kegiatan meminta sedekah kita dapat lihat secara terbuka di tepi-tepi jalan, di kaki lima dan di kawasan tumpuan ramai seperti masjid serta kedai makan.

Di kawasan seperti ini, mereka menagih simpati dengan keadaan diri yang tidak terurus dan serba kekurangan, malah ada yang memegang anak kecil bagi menarik perhatian.

Bagaimanapun sekarang, ramai peminta sedekah yang hanya memuat naik kod QR di media sosial dan menagih simpati dengan ayat-ayat yang menyentuh perasaan.

Ada yang kononnya mahu meminjam duit untuk membeli makanan kerana masih belum lagi makan. Ada juga yang mendakwa mahu wang untuk beli susu anak.

Mereka akan meraih simpati dalam pelbagai kumpulan di media sosial tanpa menggunakan nama sebenar.

Jika benar-benar berada dalam kesusahan tidak mengapa, tetapi ramai yang mahu scam pengguna media sosial dan mendapatkan duit dengan cara mudah.

Diharapkan pengguna media sosial tidak mudah tertipu dengan kata-kata ‘syahdu’ pengemis media sosial.

Alang
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI