fbpx

EPL: Anak legenda cipta sejarah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLUIVERT (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menewaskan Wolves kelmarin. - AFP

LONDON – Penyerang Bournemouth, Justin Kluivert mencipta sejarah baharu dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melakar hatrik kmembantu pasukannya menang 4-2 ke atas Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux kelmarin.

Pencapaian itu menjadikannya sebagai pemain pertama yang menjaringkan tiga gol menerusi sepakan penalti sekali gus mengembalikan rentak kemenangan buat Bournemouth selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut sebelum ini.

“Ia agak menarik untuk berada dalam buku sejarah dan sudah pasti saya gembira dengan kejayaan ini. Sememangnya saya sudah berlatih untuk mengambil sepakan penalti.

“Kami kena tunjukkan yang kami mampu kalahkan mana-mana pasukan dalam pertandingan ini,” kata Kluivert.

Anak kepada legenda bola sepak Belanda, Patrick Kluivert itu menyempurnakan tiga sepakan penalti buat Bournemouth dalam babak pertama bermula minit ketiga, 18 dan 74.

Satu lagi jaringan The Cherries dihasilkan oleh Milos Kerkez, manakala Jorgen Strand Larsen menyumbangkan dua gol buat Wolves.

Pencapaian cemerlang pemain dari Belanda itu juga menyaksikannya menjaringkan lima gol dalam enam aksi terakhir di mana kali terakhir dia melakar hatrik semasa menyarung jersi Ajax pada November 2017.

Sementara itu, pengurus Wolves, Gary O’Neil tidak gembira dengan kekalahan tersebut sambil menganggap prestasi pasukannya tidak cukup bagus dan beraksi di bawah kemampuan sebenar mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI