fbpx

EPL: Newcastle hanya mampu ‘gigit jari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POPE gagal memastikan gawang Newcastle tidak bolos apabila melepaskan jaringan penyamaan kepada Palace di penghujung perlawanan. - AFP

LONDON – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe meluahkan rasa kecewa apabila pasukan itu gagal memastikan kemenangan ketika seri 1-1 menentang Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park malam kelmarin.

The Magpies hampir pasti membawa pulang tiga mata menerusi gol sendiri Marc Guehi pada minit ke-53, namun ia musnah apabila Palace kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan Daniel Munoz dalam masa kecederaan.

Howe berkata, jaringan penyamaan yang dilakukan tuan rumah merentap hasrat serta harapan Newcastle untuk membawa pulang tiga mata penuh selepas tewas kepada West Ham United pada aksi terdahulu.

“Gol penyamaan pada penghujung perlawanan adalah satu tamparan hebat untuk mana-mana pasukan. Saya sangat kecewa kerana sepanjang perlawanan ini, Nick Pope (penjaga gol Newcastle) sudah beraksi cukup baik mengawal pintu gol.

“Apabila datang ke sini, semua pemain tahu mereka perlu bertahan hingga ke wisel penamat. Satu keputusan yang sangat mengecewakan kerana kami rasa sudah hampir mencatat kemenangan,” katanya.

Dalam pada itu, aksi tumpul Newcastle di bahagian serangan dikatakan berpunca daripada kecederaan dialami penyerang berbisa, Alexander Isak sehingga terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-22.

“Kami bernasib baik kerana kecederaan dialami Isak tidak serius. Saya harap dia akan kembali secepat mungkin tetapi buat masa ini, saya tidak tahu bilakah tarikh sebenar dia akan pulih sepenuhnya,” ujar Howe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI