fbpx

Barcelona dilanda masalah keyakinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAPHINHA (tengah) gagal membantu pasukan mencatat kemenangan biarpun meledak satu ketika tewas kepada Las Palmas. - FC BARCELONA

BARCELONA – Pengendali Barcelona, Hansi Flick mengkritik benteng pertahanan yang longgar selepas menyaksikan pasukan tewas 1-2 kepada Las Palmas dalam aksi La Liga awal pagi semalam sekali gus menjadi kekalahan pertama di Camp Nou pada musim ini.

Pada perlawanan itu, skuad pelawat meraih gol menerusi Sandro Ramirez dan Fabio Silva, manakala The Catalans mendapat jaringan sagu hati hasil penyudah Raphinha.

Keputusan tersebut menyaksikan prestasi Barcelona terus merudum apabila hanya menang satu perlawanan daripada empat aksi kompetitif terakhir.

Menurut Flick, apa yang dilalui pasukan ketika ini adalah perkara normal selain mahu semua pemain meningkatkan prestasi terutama di posisi bentang dan jentera serangan.

“Saya masih meletakkan keyakinan kepada pemain tetapi tiada alasan yang boleh diberikan selepas gagal meraih keputusan positif pada beberapa aksi terakhir. Cuma, ada pemain yang tidak berada pada tahap terbaik selepas kembali daripada kecederaan.

“Saya menolak dakwaan pemain mengalami krisis keyakinan diri, sebaliknya ada dalam kalangan mereka tidak peka hingga menyaksikan pasukan mudah dibolosi selain banyak peluang keemasan juga tidak disudahkan dengan sempurna,” katanya.

Sementara itu, Raphinha menganggap tahap permainan pasukan kita ini tidak sebaik yang ditampilkan pada awal musim dan mahu semua pemain bekerjasama untuk kembali di landasan kemenangan pada aksi seterusnya bertemu Real Mallorca pada Rabu ini.

Biarpun tewas, Barcelona masih kekal di tangga teratas La Liga dengan kelebihan dua mata ke atas Atletico Madrid di tempat kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN