LONDON – Pengurus West Ham United, Julen Lopetegui mempertikaikan dua daripada lima gol yang dihasilkan Arsenal ketika pasukannya tewas pada aksi di Stadium London awal pagi semalam.
Arsenal berjaya mengesahkan kemenangan 5-2, namun Lopetegui nyata kurang gembira dengan jarian pembukaan dan gol kelima The Gunners.
“Semua yang berlaku di babak pertama agak menjanggalkan. Apabila kamu melihat keputusan 2-5, ia seperti aksi yang kelam kabut, tetapi sebenarnya tidak.
“Memang benar kami sepatutnya mampu lakukan lebih baik di mana dua gol Arsenal hanya diperoleh menerusi penalti dan satu dalam situasi bola mati. Kami perlu menilai semula tentang apa yang kami faham tentang peraturan.
“Jaringan pertama itu agak sukar buat kami. Gol kelima juga begitu, apa yang berlaku terlalu ‘ringan’ untuk Arsenal dihadiahkan sepakan penalti,” katanya.
Semua gol Arsenal dihasilkan oleh Gabriel Magalhaes, Leandro Trossard, Martin Odergaard, Kai Havertz dan Bukayo Saka, manakala jaringan West Ham dijaringkan Aaron Wan Bissaka serta Emerson Palmieri.
“Jadi, saya fikir kami seakan tidak bernasib baik, ketika pemain sudah lakukan tugas mereka dengan cukup baik di babak kedua,” jelasnya. – AGENSI