fbpx

Johor kaji wajibkan pelajar 16 tahun sertai persatuan belia, sukarelawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HAIRI ketika menjawab soalan Ee Chin Li (PH-Tangkak) berhubung adakah kerajaan berhasrat  menubuhkan kelab belia di semua sekolah di Johor pada Sidang DUN Johor di Kota Iskandar hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Johor sedang mengkaji untuk mewajibkan semua pelajar sekolah berusia 16 tahun di negeri ini menceburi persatuan atau pertubuhan seperti Majlis Belia Daerah dan pertubuhan sukarelawan mengikut pilihan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, dasar baharu itu bertujuan mendedahkan golongan muda negeri ini kepada gerakan persatuan atau pertubuhan belia.

“Usaha ini bagi memberikan mereka pendedahan awal sebelum memasuki alam remaja dan selepas keluar daripada alam persekolahan.

“Malah pelaksanaannya juga membolehkan golongan ini tidak berasa kekok untuk menceburi persatuan atau pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY),” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ee Chin Li (PH-Tangkak) berhubung adakah kerajaan berhasrat menubuhkan kelab belia di semua sekolah di Johor.

Sementara itu, Mohd. Hairi turut memaklumkan populasi penduduk Johor ketika ini adalah seramai 4.1 juta berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan.

“Daripada jumlah tersebut, hampir dua juta daripadanya melibatkan golongan belia, iaitu hampir separuh penduduk di negeri ini.

“Manakala jumlah pertubuhan belia yang berdaftar di negeri ini adalah sebanyak 1,123 persatuan di semua daerah, dengan Johor Bahru menyaksikan jumlah persatuan belia terbanyak, diikuti Batu Pahat dan Muar,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI