fbpx

Mangsa banjir kini lebih 150,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Banjir di sembilan negeri semakin buruk apabila mangsa di 37 daerah kini mencatat seramai 150,843 orang daripada 45,213 setakat pukul 9 pagi ini.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sembilan negeri terjejas banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor.

Setakat pagi ini, Kelantan masih kekal negeri paling teruk dengan sebanyak 284 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 97,211 di 10 buah daerah.

Di Terengganu, sebanyak 311 PPS dibuka di lapan daerah bago menempatkan seramai 41,855 mangsa daripada 11,524 keluarga manakala di Negeri Sembilan seramai 1,917 mangsa kini berada di 13 buah PPS di tiga daerah.

Sementara itu, di Kedah mangsa banjir dilihat naik mendadak dengan jumlah mangsa kini seramai 7,964 di tujuh buah daerah dan sebanyak 52 PPS telah dibuka.

Daripada kesemua mangsa tersebut, seramai 48,259 (31.99 peratus) ialah lelaki dewasa, 51,705 (34.28 peratus) wanita dewasa, 23,668 (15.69 peratus) kanak-kanak lelaki, 22,636 (15.01 peratus) kanak-kanak perempuan, 2,350 (1.56 peratus) bayi lelaki dan 2,228 (1.48 peratus ) ada bayi perempuan.

Selain itu, seramai 4,931 (3.27 peratus) adalah warga emas lelaki, 5,975 (3.96 peratus) warga emas perempuan, 2,317 (1.54 peratus) Orang Kurang Upaya (OKU) lelaki dan 1,306 OKU perempuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI