PETALING JAYA- Kelab bola sepak dari England, Manchester United mengucapkan selamat kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan bencana banjir.
Melalui Facebook rasmi pasukan yang berada di tangga ke-12 carta liga English Premier League (EPL) itu berkata, pihaknya sentiasa berada di belakang rakyat Malaysia.
“Kami sentiasa berada di belakang anda rakyat Malaysia. Kepada mangsa banjir yang terjejas, semoga dapat mengatasi cabaran ini dengan baik dan selamat,” tulis kelab itu.
Rata-rata peminat serta pengkritik pasukan itu tetap berterima kasih di atas ucapan dari kelab itu yang terkenal satu masa dulu.
“Alhamdulillah, Man U pun ucap selamat kepada mangsa banjir negara kita walaupun mereka juga tengah hanyut dalam liga sekarang,” kata dodihito.
“Terima kasih Manchester United di atas ucapan ini, ini kelab pertama yang ucapkan selamat kepada mangsa banjir di Malaysia,” kata Jo Rahman.- KOSMO! ONLINE