TERKEJUT, itu antara reaksi yang Diva baca dalam ruangan komen video tular memaparkan persembahan Ayda Jebat di sebuah festival muzik baru-baru ini.
Kata netizen, busana yang dipakai Ayda untuk persembahan tersebut serba tidak kena dan pelik.
Bukan sahaja isu baju, segelintir netizen turut mempertikai persembahan Ayda kerana dikatakan terlalu ‘try hard’ untuk mencari kelainan.
Kemudian tak cukup dengan menari, netizen turut mempertikai corak persembahan Ayda yang dikatakan masih mengekalkan konsep seperti program The Hardest Singing Show.
Kasihan juga dengan Ayda, dia hanya buat persembahan tetapi teruk juga kecaman yang diterima. Harap Ayda sudah lali dan tidak ambil hati sangat ya.
Cuma kalau boleh, pemilihan baju biarlah lebih sesuai dengan imej seorang ibu dan isteri.
DIVA: Kasihan Osama Yamani, tak pasal pasal kena tuduh sebagai pencuri kereta.