fbpx

‘Pangkalan haram tenggelam, esok tetap kuat kuasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusoff (duduk, tengah) semasa melawat Balai Polis Meranti, Pasir Mas yang ditenggelami banjir hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA / KOSMO!

PASIR MAS – Penguatkuasaan larangan rentas sempadan melalui pangkalan haram di Sungai Golok dekat Rantau Panjang di sini tetap akan dilaksanakan esok meskipun kawasan tersebut terjejas banjir.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pelaksanaannya tetap berjalan seperti yang beliau umumkan sebelum ini.

“Walaupun kesemua pangkalan haram ditenggelami banjir, larangan itu akan tetap dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar di Pondok Polis Repek, di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, polis melaksanakan operasi besar-besaran untuk menangkap rakyat tempatan yang pulang ke negara ini dari Thailand melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Disember.

Mohd. Yusoff berkata, penguatkuasaan itu merupakan satu langkah untuk memperkasakan Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu menggunakan laluan yang tidak diwartakan untuk memasuki negara ini.

Menurutnya, justeru, rakyat Malaysia akan ditangkap semasa mereka menjejakkan kaki di negara ini selepas pulang dari Thailand melalui pangkalan haram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI