fbpx

‘Kita wanita cekap, bukan hanya buat kerja di dapur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diana Danielle berpendapat, golongan wanita lebih cekap menguruskan beberapa perkara dalam kehidupan berbanding kaum lelaki.

PETALING JAYA – “Wanita pandai dapat membentuk generasi muda yang bijak.”

Itu pandangan yang dilontarkan pelakon Diana Danielle mengenai pandangan skeptikal golongan wanita hanya membuang masa melanjutkan pelajaran kerana akhirnya akan menghabiskan usia mereka di dapur sahaja.

Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 33, turut menyenaraikan tanggungjawab wanita yang dapat melakukan apa sahaja dalam rumah tangga lebih dari sekadar kerja dapur.

“Wanita boleh menguruskan rumah tangga dengan cekap dan menyelesaikan masalah yang golongan lelaki, mungkin tidak ada masa atau sukar untuk memahami.

“Dia juga mampu memberikan penyelesaian kepada masalah dan menyokong kehidupan anda yang tidak begitu baik sebelum ini.

“Wanita juga boleh menyumbang kepada keluarga dan masyarakat serta memberi impak yang lebih daripada sekadar melakukan kerja-kerja di dapur,” katanya dalam aplikasi Thread.

Sebelum ini, seorang pengguna Thread memuat naik kenyataan tentang: ‘Perempuan bazir belajar tinggi-tinggi, akhirnya duduk dapur juga’.

Ini bukan kali pertama ibu kepada dua orang anak itu lantang memberikan pendapat dalam media sosial.

Terdahulu, dia mengulas mengenai beberapa isu termasuk harga rumah, kes Abang Bas dan isu duit raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI