fbpx

MR. D.I.Y lancar kempen ‘You share, We Donate’ kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MR. D.I.Y lancar kempen ‘You share, We Donate’ kedua.

PETALING JAYA- Peruncit perkakas rumah terbesar Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Bhd. (MR D.I.Y.) melancarkan kempen ‘You Share, We Donate’ kedua sebagai tanda sokongan kepada Malaysian Relief Agency (MRA).

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR. D.I.Y, Andy Chin berkata, kempen itu juga sebagai tanda sokongan kepada barisan petugas hadapan ketika menentang Covid-19.

“Petugas barisan hadapan kita telah bekerja keras sejak bermulanya pandemik dan mereka merupakan sumber inspirasi mendorong kami untuk berkhidmat lebih baik untuk komuniti.

“Kami berharap sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada penerima sumbangan dari MRA,” katanya di sini tadi.

Katanya, kempen itu yang pertama kali dilancarkan pada Tahun Baharu Cina lalu berjaya mendapat sambutan baik daripada pelanggan.

“Menerusi kempen itu, kami menghasilkan sebuah filem web yang menggambarkan kesukaran barisan hadapan dan orang kesayangan mereka ketika musim perayaan.

“Kami mengajak rakyat untuk mengongsikan filem web yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi MR. D.I. Y. dan setiap perkongsian sebanyak RM1 akan disumbangkan kepada MRA,” ujarnya.

Katanya, kempen itu berjaya meraih sebanyak 3.9 juta tontonan dan 4,220 perkongsian selepas dijalankan selama tiga minggu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI