fbpx

Penumpang perlu imbas wajah bermula hari ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan seorang penumpang membuat pendaftaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada Oktober lalu. - Bangkok Post

BANGKOK – Enam lapangan terbang utama di Thailand mula melaksanakan perkhidmatan pengecaman wajah bagi kemasukan penumpang menerusi penerbangan antarabangsa, lapor saluran berita Bangkok Post semalam. 

Menurut pihak berkuasa lapangan terbang Airports of Thailand Plc (AOT), prosedur pengecaman wajah berasaskan data biometrik itu meliputi Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai, Chiang Rai, Don Mueang, Hat Yai, Phuket dan Suvarnabhumi. 

“Ia dijangka dapat mengurangkan masa penumpang untuk berdaftar di setiap pusat pemeriksaan daripada tiga kepada satu minit.

“Untuk menggunakan sistem pengenalan biometrik automatik, penumpang perlu mendaftar sebelum wajah mereka diimbas,” kata AOT. 

Pendaftaran tersebut boleh dilengkapkan menerusi kakitangan syarikat penerbangan di kaunter daftar masuk tradisional atau kaunter daftar masuk kendiri, Common Use Self Service (CUSS).

“Selepas melakukan pendaftaran, penumpang boleh menurunkan bagasi mereka di mesin Common Use Bag Drop (CUBD) tanpa perlu menunjukkan pas masuk atau pasport,” tambah AOT. 

Data biometrik yang disimpan akan dipadamkan 48 jam selepas pendaftaran dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI