fbpx

Mengaku ugut rogol ibu kenalan dan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA –  Seorang juruteknik penghawa dingin mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan hendak merogol seorang wanita dan mahu membunuh kenalannya pada Oktober tahun lepas.

M. Satis Naidu, 30, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 1 Mac ini bagi pendengaran fakta hukuman dan jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan, Satis Naidu didakwa melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentaran terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dengan mengugut akan merogol ibu remaja lelaki itu dan membunuh remaja tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah rumah, di PPR Kota Damansara, di sini pukul 3 pagi pada 30 Oktober tahun lalu.

Berikutan pendakwaan dikemukakan mengikut   Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zafirah Syed Mustapa menawarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh sementara menunggu tarikh jatuh hukum.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan yang rendah dengan alasan merupakan penanggung utama keluarga.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua  belah pihak Majistret Zhafran kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI