fbpx

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Terengganu dan Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dijangka melanda dua negeri di Semenanjung Malaysia sehingga hari ini.

Antara kawasan yang terlibat ialah seluruh Terengganu, manakala di Kelantan, kawasan yang dijangka terkesan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan, melibatkan kawasan Gua Musang, serta Hulu Perak di Perak.

Di Pahang juga menerima amaran serupa di Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang sehingga hari ini.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk beberapa kawasan di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, serta daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, dan Kampar di Perak.

Begitu juga dengan kawasan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, dan Bera) serta Johor (Segamat, Mersing, dan Kota Tinggi).

Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan atau ribut petir yang dijangka berlaku lebih enam jam dalam tempoh tertentu di sesuatu kawasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI